Dana Bulan Bermakna

Tentang Dana Bulan Bermakna Tesco

Dana Bulan Bermakna Tesco merupakan sebuah kempen amal oleh Tesco Malaysia sempena bulan Ramadan dan Syawal bagi mengumpul dana menerusi hasil jualan barangan jenama Tesco di semua pasaraya Tesco di seluruh negara. Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada 4 golongan sasaran bagi membantu meringankan beban mereka.

Kempen ini juga merupakan sebuah platfom untuk para pelanggan Tesco menyumbang disamping membeli barangan keperluan harian tanpa mengeluarkan kos tambahan kerana Tesco Malaysia akan menyalurkan 0.5% hasil jualan barangan jenama Tesco ke Dana Bulan Bermakna.

Mari sama-sama berkongsi keberkatan bulan Ramadan dan Syawal ini dengan menyumbang ke Dana Bulan Bermakna Tesco menerusi pembelian barangan jenama Tesco. 0.5% dari hasil jualan barangan jenama Tesco bermula 14 Mei 2018 sehingga 27 Jun 2018 akan di salurkan kepada golongan yang memerlukan.

Penerima Dana Bulan Bermakna

Kempen Dana Bulan Bermakna pada tahun ini mensasarkan 4 golongan yang memerlukan berdasarkan pandangan dan cadangan yang diterima dari para pelanggan Tesco iaitu ibu-ibu tunggal, warga emas, kanak-kanak yang memerlukan serta keluarga asnaf atau yang memerlukan.

Tesco memilih untuk membantu ibu-ibu tunggal kerana ingin membantu mengurangkan beban mereka yang perlu menyara seluruh keluarga dengan pendapatan tunggal.

Warga emas juga mempunyai keperluan berbeza seperti lampin dewasa, kos ubat-ubatan dan sebagainya. Ia merupakan kos yang agak besar dan kebanyakan mereka sudah tidak mempunyai sumber pendapatan. Warga emas juga termasuk dalam penerima Dana Bulan Bermakna.

Kanak-kanak kurang upaya dan yang memerlukan juga akan turut dibantu dengan Dana Bulan Bermakna kerana ramai pelanggan Tesco mahu membantu golongan ini. Kanak-kanak memerlukan perhatian dan sokongan untuk membesar dan meneruskan persekolahan.

Dana Bulan Bermakna juga akan membantu golongan miskin bandar kerana ramai keluarga terutanya di bandar mempunyai cabaran untuk mendapat makanan yang sihat dan seimbang untuk keluarga mereka. Oleh itu, dana ini juga akan membantu mereka untuk mendapatkan makanan yang diperlukan.

Harapan Tesco adalah untuk membantu lebih ramai golongan yang memerlukan melalui Dana Bulan Bermakna ini. Belian dan sokongan dari para pelanggan kami akan merealisasikan hasrat murni ini untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Rakan Amal Dana Bulan Bermakna

Hasil kutipan Dana Bulan Bermakna akan di salurkan kepada golongan yang memerlukan melalui Rakan Amal Tesco iaitu KECHARA Soup Kitchen dan Food Aid Foundation.

Soalan Lazim

1) Apakah Dana Bulan Bermakna Tesco?
Dana Bulan Bermakna Tesco merupakan sebuah kempen bagi mengumpul dana sempena bulan Ramadan bagi membantu 4 golongan yang memerlukan iaitu Ibu-ibu tunggal, warga emas, kanak-kanak yang memerlukan serta keluarga asnaf atau yang memerlukan.
2) Berapa lama kempen ini berlangsung?
Kempen Dana Bulan Bermakna Tesco akan berlangsung selama 8 minggu dari 14 May 2018 sehingga 27 Jun 2018.
3) Bagaimana pelanggan boleh menyumbang?
Pelanggan Tesco boleh menyumbang kepada Dana Bulan Bermakna Tesco menerusi pembelian barangan jenama Tesco di seluruh pasaraya Tesco serta belian secara online. 0.5% dari hasil jualan barangan jenama Tesco dalam tempoh kempen akan disalurkan kepada Dana Bulan Bermakna Tesco.
4) Siapakah yang bakal menerima dana yang terkumpul?
Tesco telah mensasarkan 4 golongan yang memerlukan berdasarkan pandangan dan cadangan yang kami terima dari para pelanggan kami iaitu Ibu-ibu tunggal, warga emas, kanak-kanak yang memerlukan serta keluarga asnaf atau yang memerlukan.
5) Bagaimana dana tersebut akan diedarkan?
Tesco bekerjasama dengan KECHARA Soup Kitchen dan Food Aid Foundation untuk mengagihkan Dana Bulan Bermakna kepada 4 golongan sasaran yang memerlukan.